Panduan, Tip tip umrah, tawaf, saie, doa, pedoman

Wednesday, July 21, 2010

SOLAT 2 RAKAAT

KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan
lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim
Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

Pernahkah anda mendengar peperangan a'in jalut







Memperingati semula peperangan a'in jalut


Pernahkah anda mendengar peperangan a'in jalut pada 25 Ramadhan 658 hijriah( 3 September 1260 ) ? Ianya hampir2 telah tidak dicatatkan oleh para sejarawan lantaran kekangan pihak2 tertentu. Perang ini berlaku di hujung pemerintahan kerajaan mongol di dunia islam pada akhir abad ke 13 masihi.









Selaku umat muslimin, kita memang telah tahu akan tragedi serangan mongol ke atas dunia Islam yang telah membinasakan sama sekali kegemilangan tamadun Islam ketika itu. Tahukah anda jumlah kaum Muslimin yang telah disembelih oleh tentera mongol ketika itu? Para ulama, sejarawan yang masih hidup ketika serangan itu berlaku mencatatkan, hampir 18 juta umat Islam telah menjadi korban keganasan mongol. Para ulama Islam ketika itu, hampir2 tidak sanggup untuk merakamkan semula peristiwa serangan yang langsung tidak berperikemanusiaan ini. Ianya tidak pernah berlaku sedahsyat itu dalam mana2 sejarah pun.





Apa yang pasti, kata2 Genghiz Khan ketika melanggar kota Baghdad, wajar direnungi, beliau berkata, "aku adalah bala yang diturunkan tuhan ke atas muka bumi untuk menghukum kamu..."


Umat Islam ketika itu sedang berada di kemuncak kegemilangan tamadun. Baghdad adalah kota yang termoden di dunia. Ia adalah pusat ilmu, perdagangan dan sosial yang tiada tandingannya. Barat ketika itu masih lagi barbarian. Akan tetapi, lazimnya manusia apabila sudah terlalu mewah, mereka lupa akan Allah swt. Ibadah solat mudah sekali ditinggalkan.


Sejarah mencatatkan ada di antara khalifah di Baghdad yang sanggup membatalkan solat jumaat semata2 untuk menyambut hari kelahiran baginda. Arak menjadi minuman kaum bangsawan. Yang tinggal hanyalah para ulama yang tidak jemu2 berdakwah agar muslimin kembali ke pangkal jalan. Amaran mereka tentang azab Allah tidak diendahkan.

Selain itu, peperangan merebut takhta juga berlaku sesama negeri2 Islam. Khalifah di Baghdad, Al Muktasim ketika itu amat tidak senang dengan kerajaan Khwarizmi yang berpusat di asia tengah yang dipimpin oleh Sultan Muhammad Shah Al Khwarizmi. Perpaduan umat muslimin amat rapuh dan bila2 masa saja akan diganyang oleh yakjuj wa makjuj yang sedang berkumpul di padang rumput steppe di rusia. Mongol mula menyerang kerajaan Khwarizmi disebabkan keangkuhan Sultan Muhammad menyiksa utusan Genghiz Khan yang datang untuk berbincang tentang perniagaan.malangnya ketika serangan ini berlaku khalifah di Baghdad enggan membantu Genghiz Khan amat marah dan mula merancang satu strategi perang.


Khabarnya beliau telah mengatur satu plan tindakan untuk menyerang dan menghancurkan dunia islam, dan ia akan mengambil masa selama 18 tahun. Ternyata pelan ini telah berjaya menepati sasarannya walaupun Genghiz Khan mati di pertengahan pelannya. Ia telah diteruskan oleh anak-cucunya. Umat islam yang sedang tenat itu dengan mudah ditewaskan. Khalifah telah dibunuh dengan kejam dengan bantuan puak syiah ketika itu. Umat islam disembelih beramai2 hinggakan longgokan mayat setinggi bukit dan dikatakan di mana saja berjalan, akan terpijak pipi anak muda dan gadis (mayat). Kemuncak serangan ini ialah apabila mereka sudah hampir ke kota Madinah dan Mekah. Ketika itu kekuatan Islam sudah lumpuh sama sekali dan tidak ada apa yang dapat menghalang mongol dari masuk ke kota2 suci itu.

Allah swt telah menetapkan kaum Mamluk sebagai pembela umat islam yang kemudiannya mempertahankan 2 kota suci muslimin. Demikianlah bila Allah memuliakan satu kaum. Kaum Mamluk asalnya adalah golongan hamba abdi yang berjaya merampas pemerintahan kerajaan Mesir. Mereka telah tidak dihormati lantaran status hamba abdi yang mereka miliki. Akan tetapi merekalah yang berjaya menewaskan tentera mongol yang dikatakan tidak terkalah lagi. Tidak ada negara di dunia ketika itu yang sanggup berdepan dengan mongol. Tentera Islam Mamluk dipimpin oleh Sultan Qutuz yang amat masyhur itu. Mereka bertembung dengan bala tentera mongol yang amat besar di satu kawasan mata air yang dipanggil a'in jalut. Inilah peperangan yang termashyur dalam sejarah Islam yang disimpan rapi oleh sejarah islam. Pada mulanya pukulan pertama dari mongol terlalu keras hingga tentera muslimin berundur. Sayap kiri dan kanan mongol membantai barisan hadapan muslimin hingga mereka terpecah-pecah. Harus diingat tentera mongol mempunyai pengalaman berperang puluhan tahun lamanya,dan telah menakluki hampir separuh dunia ini.







Sedangkan kaum Mamluk adalah golongan hamba yang tidak berpengalaman langsung. Tapi adakah itu ukuran? Tidak sekali2 kerana Allah telah berfirman : "berapa banyak gerombolan yang kecil telah dapat menewaskan gerombolan yang besar dengan izin allah?" Ketika tentera muslimin sedang kelam kabut, isteri kesayangan Sultan Qutuz yang turut sama bertempur telah cedera parah terkena tetakan mongol. Semangat juang Sultan Qutuz hampir goyah melihat keadaan isterinya yang hampir mati.




"Isteriku..isteriku.." keluh Sultan Qutuz.




Akan tetapi isterinya yang bertaqwa itu sempat membisikkan kalimah terakhir ke telinga suaminya.."




wahai kandaku, jangan ucapkan begitu, ucapkanlah.. WaIslamah..wa Islamah (Demi Islam), teruskan jihad ini abang.."

langsung beliau terus syahid dan kembali ke sisi Allah swt. Sultan Qutuz seakan tersedar dengan ucapan isterinya. Semangat jihadnya kembali menyala lalu dia telah mencapai semula bendera tenteranya dan menyerbu masuk ke bala tentera mongol sambil tidak henti2 melaungkan "Wa Islamah! Wa Islamah!". Tentera muslimin yang mula untuk berundur berasa malu melihatkan Sultan mereka telah berpatah balik ke medan perang. Melihatkan itu semangat jihad mereka telah naik semula, syurga telah terbayang di depan mata, lalu mereka kembali membantai semula tentera mongol habis-habisan, serangan yang berkali2 ganda lebih hebat yang tak pernah dilakukan oleh mana2 tentera pun di dunia ini. Akhirnya Allah swt menuliskan kemenangan di pihak muslimin. Tentera mongol telah cabut lari ke negara mereka akibat kalah teruk. Allah swt telah menurunkan syak wasangka sesama pemimpin mongol yang menyebabkan mereka pula telah tidak bersatu. Dengan itu, empayar mereka telah berjaya ditewaskan oleh muslimin.

Ini adalah kemenangan terbesar Islam yang cuba ditutup oleh barat. Dengan itu, 2 kota suci Islam telah berjaya dipertahankan. Empayar Islam mula dibina kembali dan barat ketika itu amat gerun dengan kerajaan mamluk, kerana mereka satu2 nya yang berjaya menewaskan mongol. Perang ini wajar disingkap kembali oleh kita semua.


Ceritakanlah pada generasi muda tragedi serangan mongol dan perang a'in jalut. Ia adalah satu peperangan yang sangat saya kagumi dan sanjungi. Semoga pada zaman ini akan lahir tokoh segagah Sultan Qutuz dan wanita berhati waja seperti isterinya. Belalah umat Islam hari ni yang semakin ditindas oleh puak kuffar. Satukanlah dunia Islam dalam satu bendera daulah Islamiah.



Wallahu a'lam.












Wednesday, July 7, 2010

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud


Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

Tuesday, July 6, 2010

FW: KAABAH ENGGAN MASUK SYURGA SELAGI......

Tazkirah petang.


Oleh ABD RAHIM MOHD NOR SBM PERAK


KAABAH ENGGAN BERGERAK

Selasa lalu (26 Ogos) saya menaiki motosikal menuju ke
Karak Setia untuk menyampaikan kuliah Maghrib di masjid
kampong berkenaan. Kereta rosak dan bermalam di pusat
servis. Sebab itu saya terpaksa naik motor walaupun langit
gelap.
Ketika melalui 'Karak Highway' hujan mula turun
setitis demi setitis.Saya teruskan juga perjalanan. Makin
lama hujan makin lebat. Baju dan seluar saya basah. Akhirnya
saya ambil keputusan untuk berpatah balik. Saya balik ke
rumah dan mandi.
Walaupun tidak berjaya dalam misi dakwah pada malam itu,
saya tidak mahu malam itu kosong tanpa pengisian. Saya
lantas pergi ke surau berhampiran untuk mengikuti kuliah
bulanan yang disampaikan oleh ulama' tersohor di negeri
ini iaitu Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman.
Ketika saya sampai di situ, tok guru dah mula kuliah.
Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di
akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah
masing-masing diam, tunduk dan insaf.
Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru
iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang
merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel.
Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut
kumpulan yang akan melintasinya. Jika orang beriman,
pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang
kafir, ia akan mengecil dan memanjang.
Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah
kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah
yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke
syurga. Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah
Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya
kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia
tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh
semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk
mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri
tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu
bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak
hadir..
Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah
dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka
lakukan di dunia.Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan
adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam
neraka. Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa
atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga
melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di
sekelilingnya.
Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku....
Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus
mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa
mereka.Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan
mengiringi kaabah menuju ke syurga....