Panduan, Tip tip umrah, tawaf, saie, doa, pedoman

Tuesday, July 6, 2010

FW: KAABAH ENGGAN MASUK SYURGA SELAGI......

Tazkirah petang.


Oleh ABD RAHIM MOHD NOR SBM PERAK


KAABAH ENGGAN BERGERAK

Selasa lalu (26 Ogos) saya menaiki motosikal menuju ke
Karak Setia untuk menyampaikan kuliah Maghrib di masjid
kampong berkenaan. Kereta rosak dan bermalam di pusat
servis. Sebab itu saya terpaksa naik motor walaupun langit
gelap.
Ketika melalui 'Karak Highway' hujan mula turun
setitis demi setitis.Saya teruskan juga perjalanan. Makin
lama hujan makin lebat. Baju dan seluar saya basah. Akhirnya
saya ambil keputusan untuk berpatah balik. Saya balik ke
rumah dan mandi.
Walaupun tidak berjaya dalam misi dakwah pada malam itu,
saya tidak mahu malam itu kosong tanpa pengisian. Saya
lantas pergi ke surau berhampiran untuk mengikuti kuliah
bulanan yang disampaikan oleh ulama' tersohor di negeri
ini iaitu Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman.
Ketika saya sampai di situ, tok guru dah mula kuliah.
Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di
akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah
masing-masing diam, tunduk dan insaf.
Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru
iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang
merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel.
Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut
kumpulan yang akan melintasinya. Jika orang beriman,
pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang
kafir, ia akan mengecil dan memanjang.
Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah
kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah
yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke
syurga. Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah
Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya
kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia
tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh
semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk
mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri
tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu
bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak
hadir..
Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah
dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka
lakukan di dunia.Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan
adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam
neraka. Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa
atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga
melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di
sekelilingnya.
Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku....
Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus
mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa
mereka.Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan
mengiringi kaabah menuju ke syurga....




No comments:

Post a Comment